Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...
Tuesday, November 2, 2010
Don't Worry
Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Rasa Nak Muntah
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.
"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.
"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa
Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa.
"Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?"
"Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.
"Apakah kelakuan kamu baik disini?"
"Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."

Naik Pangkat
Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.
Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”
Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”
Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”
Salim: “Terima kasih tuan….”
Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”
Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”

Pertandingan Malas
tersebutlah kisah disebuah kampung yang bernama Kampung Rajin....Penduduk di kampung ini tesangat-sangat terkenal dengan sikap yang tersangatlah rajin..asal sebut je rajin, mesti teringat orang kt kampung..dan sehinggalah pada suatu hari, raja di tempat ini ingin membuat pertandingan yang digelar pertandingan " orang malas ".Tujuan raja ni buat pertandingan sebab dia nak cari orang yang paling malas kat kampung tu sebab banyak sangat orang yang rajin.,dan sehinggalah pada suatu hari di hari pertandingan tersebut datanglah begitu ramai orang yang ingin menyertai dan ingin melihat pertandingan tersebut....datanglah seorang pemuda pertama menghadap raja itu.....
pemuda1: ampun tuanku..patik rasa di kampung ini patiklah yang paling malas,,,....
raja: kenapa kamu berkata demikian?
pemuda1:kalau tuanku nak tahu,saya nak makan pun orang yang suapkan...
penduduk kampung : wahhhhhhh........
raja : tanpa membuang masa lagi, patik mengishtiharkan,,,,pemuda ini adalah PEMENANG.........
pemuda2 :tunggu....
raja :kamu ni kenapa???
pemuda2 : saya rasa, sayalah yang lebih layak untuk memenangi paertandingan ini...
raja : kenapa pula???
pemuda2 : kalau tuanku nak tahu,,saya nak makan pun kena orang yang tolong kunyahkan
penduduk kampung : Huhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....
raja : tanpa segan silu,patik mengishtiharkan bahawa...pemuda yang kedua inilah PEMENANGN.....
pemuda3 : tunggu................................
raja : kamu ni, kenapa pula nak menyibuk????
pemuda3 : saya bukan nak menyibuk tuanku...tapi,saya rasa sayalah yang paling malas, tuanku...
raja : cuba cerita apa yang kamu malas....
pemuda3 : saya nak cerita pun malas tuanku......
Kisah Busut
Orang Melayu sering mengingatkan kita tentang pantang larang terhadap busut. Busut jantan dianggap mempunyai semangat ghaib, unsur mistik atau ada makhluk halus yang menjaganya. Justeru anak-anak kecil dilarang bermain-main di sekitar busut. Orang lelaki juga dilarang kencing atas busut kerana dikhuatiri kemaluannya akan menjadi buruk. Pantang larang ini dikenakan untuk mengelakkan lelaki yang kencing atas busut ditegur makhluk halus atau penunggu busut itu.
BUSUT ANAI-ANAI
Busut ialah longgokan tanah di atas sarang semut. Jenis semut itu dikenali sebagai anai-anai. Anai-anai merupakan semut yang boleh menghasilkan telur sehingga 30ribu sehari. Permaisuri anai-anai boleh memilih untuk melahirkan anai-anai askar atau anai-anai pekerja. Tanah busut anai-anai ini dianggap unik kerana teknologi aliran udaranya cukup panas tetapi lembab. Itulah yang menyebabkan tanahnya sentiasa gembur.
Anai-anai dianggap sebagai haiwan perosak hasil tanaman tetapi tidak semua anai-anai menjadi musuh kepada petani dan peladang. Di ladang-ladang seperti ladang kelapa sawit, busut anai-anai tidak merosakkan tanaman tetapi membantu untuk proses penguraian bahan berkayu dalam tanah. Secara tidak langsung, busut anai-anai memberi manfaat kepada kesuburan tanah.
Mengikut petua orang tua-tua juga, tanah busut bagus digunakan untuk mengawet telur asin. Telur disalut dengan tanah busut beserta garam. Menurut mereka, tanah busut mengandungi anti bakteria yang terhasil daripada air liur anai-anai. Telur asin itu akan menjadi tahan lama.
BUSUT BURUNG
Namun tidak semua busut dihasilkan oleh anai-anai. Ada busut dihasilkan oleh burung yang digelar ayam tambun. Tubuh burung ini lebih kecil daripada ayam kampung, beratnya tidak sampai satu kilogram, dan banyak dijumpai di Sabah dan Filipina. Menurut kajian saintifik, ayam tambun mengamalkan monogami. Apabila ayam tambun jantan telah menemui ayam tambun betina untuk dijadikan pasangan, kedua-duanya akan menjadi setia terhadap satu sama lain. Ke mana-mana pergi akan berdua, mencari makan, mengais dan kemudian membina busut.
Ibarat peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’, begitulah resmi ayam tambun. Biarpun bertubuh kecil, pasangan ayam tambun mampu membina busut yang seberat 3 tan dan ukurlilit antara 2 meter setengah hingga 40 meter. Pasangan ayam tambun menghabiskan masa sehingga 5 jam sehari mengais tanah, pasir dan habuk kayu untuk membina busut. Kedua-duanya menyiapkan busut itu selama 9 bulan iaitu tempoh yang sama untuk ayam tambun betina bertelur. Ayam betina akan menggali lubang hingga ke tengah pusat busut. Setelah bertelur, kedua-dua pasangan itu akan mengambus kembali lubang itu.
Telur ayam tambun tidak perlu dieramkan kerana semua busut mempunyai suhu dalaman yang malar segar sehingga 34darjah selsius. Kedua-dua ayam tambun akan sentiasa memeriksa suhu panas busut itu. Jika suhu menurun, ayam tambun akan mengais daun dan ranting reput ke atas busut. Jika suhu meninggi, akan dikais pula sampah ke atas busut. Selepas tiga bulan, telur akan menetas. Anak-anak ayam tambun akan berdikari untuk keluar dari dalam busut. Ayam tambun tidak pernah kenal induknya kerana sebaik keluar dari busut, anak-anak ayam tambun akan terus terbang dan mencari makanan sendiri.
Berbeza dengan ayam tambun, burung Merak Pongsu menggunakan busut anai-anai untuk membuat sarang, bertelur, mengeram dan membiak. Memandangkan serangga merupakan antara makanannya selain daun dan buah-buahan, kedudukan sarang itu amat sesuai kerana mudah bagi burung Merak Pongsu memakan anai-anai.
KEPERCAYAAN TENTANG BUSUT JANTAN
Terdapat dua gelaran ke atas busut iaitu busut jantan dan busut betina. Bentuk busut jantan meruncing ke atas sedangkan busut betina tidak meruncing ke atas. Busut jantanlah yang menjadi tabu dalam masyarakat Melayu.
Mengikut kepercayaan orang tua-tua, ada pantang larang tertentu jika mahu memburu ayam hutan. Pemburu dilarang menembak ayam hutan yang sedang bertenggek di atas busut. Dikatakan, ada jin yang menjaga ayam hutan itu. Jika ayam itu ditembak, si pemburu akan mendapat musibah.
Sebenarnya jika difikirkan dengan logik akal, ayam hutan memang suka bertenggek di atas busut kerana suka memakan anai-anai di dalam busut. Mungkin juga, ayam yang dimaksudkan itu adalah ayam tambun. Jika salah seekor ayam tambun ditembak, pastinya ayam yang tinggal akan berasa marah kerana kekasihnya dibunuh lalu berdoa kepada Tuhan. Besar kemungkinan juga, orang tua-tua melarang memburu ayam yang bertenggek di atas busut kerana mereka tahu bahawa ayam tambun sedang bertelur atau sedang dalam proses hendak bertelur. Pastinya, orang Melayu dahulu arif tentang alam dan haiwan. Kepekaan mereka terhadap alam membuatkan terhasilnya pantang larang ini, demi menghormati lingkaran kehidupan haiwan.
Namun dalam pembinaan rumah Melayu, orang Melayu dilarang membina rumah di atas tanah yang berbusut dan beranai-anai. Orang Melayu percaya, orang yang tinggal dalam rumah itu nanti akan hidup melarat seperti yang terdapat dalam ungkapan di bawah:
Tanah berbusut beranai-anai
Busutnya penjemput bala
Anai-anai penjemput hutang
Tak kering kain di pinggang
Tak bersiang tak bermalam
Busutnya penjemput bala
Anai-anai penjemput hutang
Tak kering kain di pinggang
Tak bersiang tak bermalam
Dalam amalan ilmu hitam, orang yang hendak membela hantu raya perlu mencari busut jantan yang jauh daripada penglihatan orang ramai,untuk melakukan pemujaannya. Dalam pemujaan pada tengah malam itu, sebiji telur mentah yang ditebuk dengan jarum beserta setitis darah dari jari kelengkeng perlu disediakan beserta dengan pulut kuning, sekapur sirih pinang, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Dahulu, orang memelihara hantu raya dengan tujuan supaya hantu raya dapat menjaga diri, keluarga, kebun ladang dan harta bendanya. Sebenarnya, perbuatan ini menjadi syirik kerana menyekutukan Tuhan.
Ada peribahasa yang mengatakan, ‘busut juga yang ditimbuni anai-anai’. Peribahasa ini bermaksud, orang yang sememangnya kaya semakin bertambah kekayaannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)