Wednesday, November 28, 2012

Buat EM Pakai Resepi Den

Assalamualaikum.

Kali ni den nak story pasal den try buat EM  pakai resepi sendiri.Bahan-bahan yang den gunakan ialah:

1.Buah kuining yg dah masak 1 kg (dipotong dadu):
   "buah kuining kat umah den ni sume x jadi ada ulat"
2.Telur Ayam Kg. 2 bijik
 "masa den kutip telur tu ada lak jumpa 2 bijik yg retak,tu yg den campur skali'.
3.Isi perut ikan : 500 gram
Ngam2 lak bos den baru lopeh siang ikan sembilang.
4.Ragi/Yis : 1 peket kecil
Den pakai yis jenama mauripan yg kecik tu.
5. Gula merah : 1kg (kat Kg. den harga sekilo RM3.40)
6.Air yang x de klorin : Dalam 1500ml.
Den pakai air paip yg mmg den dh simpan sebulan untuk bagi vaksin kat ayam den.

-Barang2 ni den campurkan sume skali dalam bekas plastik.
-Den pakai 2 bekas plastik,den letak stgh bahagian utk setiap bekas.
-Bukan ape ponuh sgt krg kot meletop bekas ni,dah la den campur dengan yis tu.
-Dah siap tu den simpan kat suhu bilik.
-Setiap hari dlm 2 kali den akan bukak penutup bekas ni bagi gas dia keluar.
-Den akan peram benda ni sebulan sebelum boleh dipakai.
-Den pun x tau jadi ke tak EM den ni.
-Kot jadi nnt den cerito kat korang yo,kot tak jadi dengan segala hormat ke tong sampah la jawabnye.








Friday, November 23, 2012

Buat Border Anak Ayam Nov 2012

Assalamualaikum,

Dalam bulan ni den tgh buat projek untuk tambahkan lagi border anak ayam den.Lepas ni kalo dah siap den akan letakkan anak ayam dgn induk tumpang skali..Den dah tak pkai lagi mentol untuk anak2 ayam ni,save sikit beb.Jom layannnn :




Thursday, November 22, 2012

Fat Burner

Assalamualaikum,

Post kali ni den nak cite pasal fat burner,haha bukan apo den tgh makan benda ni sekarang.Den nye BMI calculation sudah out la.So penyelesaiannye den try mkn fat burner ni +workout sikit2+pemakanan yang seimbang.Fat burner yang den makan ni brand API.Baru 3 minggu try benda ni so tak brani nak bagi komen lagi,tggu lepas 2 bulan den try nnt den bagi komen yo.

Ni info yang den dapat pasal API ni :

A Powerful Thermogenic Blend

Supplement Facts

Serving Size: 1 Tablet
Servings Per Bottle: 120 tablet
  • Amount Per Serving Per 100 Gram
  • Fat Burner Advanced Blend237.5mg35g
  • Consisting of: Kola Nut Extract, Coffee Arabica (coffee), Cinnamon, L-Carnitine, Grapefruit Extract, Cayenne Pepper, Chromium Picolinate, White Mustard Seed, Green Tea Powder

 

This carefully balanced formula combines the best known and most effective lipotropics and thermogenics in the industry. The thermogenic blend of Coffee Arabica, Green Tea, Kola Nut, Cayenne Pepper, and Cinnamon helps promote your body to target fat for the production of heat. L-Carnitine, a lipotropic agent assists by transporting fat to the part of the cell where it can be used as fuel. The addition of Chromium further assists by helping control fat storage. This combination creates the best environment for burning fat while also interrupting the storage of fat. FAT BURNER ADVANCED is also a good source of antioxidants and polyphenols to fight against free radicals in the body

Ni la rupenye fat burner tu:


Friday, November 9, 2012

Tetamu Tak Di Undang

Assalamualaikum,

Hari tu tah mcm mane blh msuk ular dalam umah den,ular senduk lak tu,Tgh leka bsuh pinggan kat sinki tu tibe2 dgr bunyi sssss,den tgk kat bwh sinki dh kombang kpalo ular tu.Berderau darah den di buatnye.Den ni dah la jenis goli dgn ular.Den ikut gak petua suh ular tu kluar.Den dah sound 3 kali tgk tak de respond pun,den pun crik la bonda nak ketuk ular ni,nk pkai senduk pendek sgt la plk,last den nmpk kayu hoki den yg dh berhabuk 3 btg tu.(Grays 500i Megabow,Grays GX8000 Jumbow Jnr dgn Vijayanti Viper) haha siap bgtau brand  lagi.Den pun pilih kayu hoki peberet den maso mulo2 start training hoki kat padang turf dulu Vijanyanti Viper.Den pilih stick ni pun sbb body dia dari kayu keras+berat ckit.dan inilah hasilnye :






Friday, November 2, 2012

Benih Cili Api

Assalamualaikum,
Kali ni den terangkan proses dan cara2 untuk ambik bijik cili untuk di semai.Cili yang di pilih mestilah dalam kualiti dan di dalam keadaan yg baik,jgn pulak korang ambik yg dh jatuh kat tanah tu.Kalau boleh korang ambik yg merah kat pokok tu,simpan 2 ke 3 hari bagi dia kering sikit pas tu baru  potong dan ambik bijik dia.Lepas tu bijik tu korang rendamkan dalam bancuhan racun ulat dan pengalak akar.Lepas ni korang dah boleh semaikan biji cili tu sama ada kat bekas semaian ataupun terus masuk dlm polybeg,tak payah susah2 nak alihkan lagi lepas tu.Ni gambar proses masa den ambik bijik cili tu ;





Thursday, October 18, 2012

Kebun Den

Assalamualaikum.

Hari ni den nak kongsi aktiviti sampingan den selain dari bela ayam dgn main bonsai.Den mmg dr dulu lg minat bercucuk tanam ni.Kira pantang dapat tanah la,mmg hbis den tanam dgn ape2 je bnda yg blh di makan.Skrg ni den tgh bt projek tanam sayur,antaranya serai,cili,daun selasih,pokok bunga kantan,kunyit,pokok pandan,tomato,timun jepun,brokoli,terung dgn kacang botol.Cili ,serai dgn pokok kantan tu mmg dr dulu lagi den dh tanam, pokok yg lamo tu habis sume den buang sbb dah cukup umur eh,den dah bt proses tanaman semula bulan 4 hari tu,skrg ni dh kluar hasil pun..Skrg ni yg den tgh tggu hasil buahnye ialah pokok timun jepun.Dalam minggu ni insyallah dpt la den merasa timun jepun fresh dari ladang.den nengok elok je cntik buahnye.Korang layan je la gmbr den sempat den ambik ni yo.

Ni pokok cili yg den tanam :









 Pokok Serai :




 Pokok Pandan :







Daun Kunyit :







Daun Selasih



Pokok Tomato (Baru nak besar,Kat tengah tu den semai pokok brokoli) :







 And finaly pokok timun jepun :



















Tuesday, October 16, 2012

Jual Telur Ayam Kampung

Assalamualaikum,

Sabtu hari tu den jual telur ayam kg.Tu pun sbb inkubator den dah penuh.Memang dlm sebulan 2 ke 3 kali den akan jual telur ayam den bg memastikan inkubator den x penuh.Lagi2 skrg ni musim telur tgh byk.Ni gmbr telur yg den jual tu,dah siap bungkus dlm plastik lagi :