Tuesday, December 21, 2010

First Batch Anak Ayam

Ni la first batch anak yam yang menetas awal November hari tu.
Dah dekat nak 2 bulan dah umurnye.




Monday, December 20, 2010

Inkubator dalam proses

Ni dalam proses nak buat inkubator sendiri,kot jadi dah ada org nak tempah dah ni.
Pueh mencari thermostat,dapat jumpa brand "Rainbow" je,tu pun Max 50 Cel..



Pakai 6 bijik mentol,baru balance sikit masa heating.

Tuesday, November 30, 2010

Jom Menetas Beramai-Ramai


Semalam mmg byk telur ayam menetas,ayam mutiara@api-api ada 10 ekor dan ayam kampung ada 4 ekor,penuh inkubator di btnye semalam.

Kat bawah ni gambar ayam mutiara@api-api tu bile dah besar nanti.


Monday, November 29, 2010

Panduan Penyembelihan Haiwan & Stunning Menurut Islam

Menyembelih Lembu

Menyembelih Ayam

Menyembelih Kambing

Menyembelih Kerbau


1. MUKADDIMAH
1.1. Takrif

  • Dalam bahasa Arab disebut bererti penyembelihan atau bererti pembersihan, iaitu pembersihan dari sebarang kekotoran dan najis iaitu melukakan bahagian-bahagian tertenty pada leher binatang oleh orang-orang tertentu dengan alat-alat yang tertentu

  • Penyembelihan mengikut hukum syarak bermaksud menyembelihbinatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat merikh dan dua urat darah dikiri dan kanan leher binatang (saluran makan dan minuman ).
  • Penyembelihan merupakan salah satu cara untuk memastikan binatang dan menghalalkan dagingnya.  Islam membezakan bentuk penyembelihan dan mengambilkira cara pengambilan nyawa atau mematikan binatang halusan teknik ini adalah sebagai melatih, mendidik jiwa setiap muslim bersifat ihsan, berdisiplin dan penuh tanggungjawa.
  • Binatang yang halal dimakan jika tidak disembelih secara syarak, dagingnya akan menjadi haram kerana dianggap menjadi bangkai sedangkan bangkai adalah haram di makan.

1.2. HIKMAH PENYEMBELIHAN
  • Untuk melepaskan nyawa binatang dengan jalan mudah, tidak menyakiti dan menyeksakan
  • Diisyaratkan supaya disembelih di leher kerana lebih dekat / cepat untuk memisahkan roh
  • Hikmah diharamkan menggunakan alat penyembelihan yang ditegah adalah kerana menyakitkan binatang. Islam menyuruh mematikan binatang dengan baik dan beradab
  • Melahirkan rasa ihsan ke atas binatang dan memupuk jiwa yang baik dalam hubungan sesama manusia
  • Membezakan cara penyembelihan dengan orang bukan Islam
  • Darah yang mengalir keluar tidak berbau busuk berbanding dengan darah yang keluar (beku), dengan ini daging dapat disimpan dengan lebih lama & bermutu.
1.3 Kaedah Hukum Makanan
1.3.1 Tiap - tiap barang  (zat) dipermukaan bumi ini menurut hukum asalnya adalah halal kecuali ada larangan dari syara' atau kerana mudharatnya
1.3.2 Binatang yang hidup di air semuanya halal, baik yang berupa ikan atau lainnya, mati dengan atau ada sebab atau mati sendiri
1.3.3 Binatang yang hidup di air dan di darat seperti katak, buaya dan sebagainya hukumnya haram( tidak halal dimakan )
1.3.4 Binatang yang berkehidupan di darat ada yang halal dan ada yang tidak halal (haram). Antara yang halal : unta, lembu, kerbau, kambing, kuda dan begitu yang baik manakala yang haram
 
 2. JENIS PENYEMBELIHAN
2.1 Secara manual ( menggunakan tangan )
2.1.1 Penyembelihan ke atas binatang yang boleh dikawal
Dilakukan ke atas binatang yang tidak menimbulkan kesukaran untuk menyembelihnya seperti di leher ( tempat yang diisyaratkan ) samada sifat bindatang tersebut liar atau jinak.Bagi binatang jinak, penyembelihan dilakukan dengan cara biasa ( seperti dalam syarat penyembelihan ) dan bagi binatang liar apabila ianya dapat ditangkap ( seperti semasa perburuan ) dengan anak panah dan sebagainya hendaklah masih ada padanya "hayat mustaqirrah".
2.1.2 Penyembelihan ke atas binatang yang tidak boleh dikawal
Ia dilakukan ke atas binatang yang tdaik dapat ditangkap untuk disembelih di lehernya (tempat yang disyaratkan ) sama ada semasa perburuan atau semasa bukan semasa perburuan. Bagi binatang yang harus disembelih dengan cara ini adalah halal dimakan hanya dengan melukakan mana-mana bahagian tubuh badan tersebut dengan alat yang diharuskan yang boleh menyebabkan kematian
2.2 Secara menggunakan mesin
Ia merupakan salah satu cara penyembelihan binatang dengan pisau yang tajam yang digerakkan oleh mesin elektrik sebagai menggantikan tangan manusia. Dalam proses ini seorang pekerja muslim dipertanggungjawabkan untuk mengawasi perjalanan mesin tersebut. Pekerja mestilah muslim yang mematuhi syarat-syarat sah penyembelihan.
3. RUKUN PENYEMBELIHAN

3.1 Rukun penyembelihan terdiri daripaada 4 perkara :
i.. Penyembelih
ii. Alat penyembelihan
iii.Cara penyembelihan
iv. Binatang sembelihan
3.2 Penjelasan bagi rukun penyembelihan
3.2.1 Penyembelih
i. Beragama Islam dan berakal. Orang bukan Islam, orang gila, mabuk dan kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah penyembelihannya kerana penyembelihannya adalah satu cara ta’abbud kepada Allah s.w.t yang memerlukan niat. Penyembelihan orang buta adalah makruh. Dalam perburuan penyembelihan orang buta adalah haram samada menggunakan panah atau sebagainya kerana di anatara syarat pemburu ialah dapat melihat.
ii. Memahami syarat sah pemyembelihan
iii. Memutuskan halkum dan dua marikh bagi mengalirkan & mengeluarkan darah.
iv. Tidak berada dalam ihram (bagi mereka yang menunaikan haji dan umrah )
3.2.2 Alat penyembelihan
i. Setiap benda yang boleh memotong urat-urat leher dan mengalirkan darah sama ada berupa besi, batu, kaca atau seumpamanya adalah boleh digunakan untuk menyembelih kecuali kuku, tulang dan gigi kerana ia adalah sebahagian daripada anggota manusia yang dihormati.
ii. Penyembelihan yang menggunakan pisau hendaklah dipastikan sentiasa tajam untuk memutuskan urat dengan tepat.
iii. Ketajaman pisau hendaklah dikekalkan kerana setiap penyembelihan terpaksa memutuskan halangan bulu-bulu binatang seperti ayam sebelum mata pisau mencecah pada kulit binatang untuk dilukakan
iv. Alat penyembelihan hendaklah dipastikan sentiasa bersih dari berlumuran darah
3.2.3 Cara Penyembelihan
i. Memutuskan halqum ( saluran penafasan ) dan dua urat marikh (saluran makanan dan minuman ) yang terletak di bawah halqum. Hukum memutuskan dua urat kiri dan kanan adalah sunat. Walaubagaimanapun kita digalakkan memotong kedua-dua urat darah tersebut supaya binatang yang disembelih cepat mati.
3.2.4 Binatang sembelihan
i. Haiwan darat contoh ayam, lembu, kambing dan lain-lain
ii. Haiwan yang halal di makan oleh orang Islam ( sila rujuk Garis Panduan Makanan Dan Barang Gunaan Orang Islam )
iii. Masih ada hayat mustaqirrah
iv. Penyembelihan dilakukan ditempat yang berasingan daripada haiwan yang tidak halal
iv. Haiwan mestilah sihat dan tidak berpenyakit
4. SYARAT SAH PENYEMBELIHAN
4.1 Syarat-syarat bagi menghalalkan penyembelihan ialah :
i. Niat atau qasad - penyembelih mestilah melakukan penyembelihan dengan ada niat atau tujuan sedar apa yang dilakukannya itu. Jika seseorang menyembelih bukan kerana Allah s.w.t atau kerana berhala atau pemujaan, tidak halal penyembelihan tersebut dan haram dimakan dagingnya.
ii. Menyegerakan keluarnya roh binatang engan memutuskan halqum dan urat marikh.
iii. Masih ada hayat mustaqirrah
iv. Haiwan yang halal di makan oleh orang Islam
v. Penyembelihan dilakukan dengan sekali potong sahaja dan ia boleh dilakukan berulang kali tanpa mengangkat pisau / alat penyembelihan.
5. HUKUM – HUKUM BERKAITAN DALAM PENYEMBELIHAN
5.1 Perkara – Perkara Sunat Dalam Penyembelihan;
i.   Membaca Bismillah bagi mazhab Syafi’e dan Maliki tetapi wajib bagi Mazhab Hanafi dan 
     Hanbali
ii.  Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w selepas membca Bismillah.
iii. Sunat diasah pisau supaya cukup tajam. Menggunakan alat penyembelihan yang tajam  
     adalah dituntut oleh syarak supaya tidakmenyeksa binatang. Adalah makruh sekiranya alat    
      penyembelihan tumpul.
iv.  Membaringkan binatang diatas rusuk kirinya dengan lembut dengan kepadanya diangkat 
      sedikit. Penyembelih hendaklah menegang kulit di bawah dagunya dan menarik sehingga   
     nampak jelas kulitnya atau uratnya.
v.  Memutuskan semua urat yang tertentu dengan segera supaya binatang tersebut mati  
     dengan cepat tanpa menyeksanya.Penyembelihan juga tidak boleh memutuskan saraf    
     tunjang ( spinal cord ) atau  putus langsung   lehernya.
vi. Sunat menghadap kiblat
5.2  Perkara - Perkara Makruh Dalam Penyembelihan
i. Tidak membaca Bismillah
ii. Menghalakan binatang selain dari arah kiblat
iii. Meletakkan kaki di atas pipi binatang
iv. Mengasah pisau yang di hadapan binatang yang dibaringkan dan di hadapan binatang-binatang yang lain.
v. Melakukan penyeksaan tanpa sebab seperti memutuskan kepala, mematahkan leher, memotong hingga sampai ke saraf tunjang atau menyembelih dari belakang tengkuk dan mengheret binatang secara songsang ke tempat pemyembelihan
vi. Melapah atau memotong kulit sebelum binatang sembelihan itu sejuk
6. STUNNING
6.1 Syarat Penggunaan Stunning (kejutan @ pegsan)
i.  Memenuhi syarat-syarat sah penyembelihan
ii.  Haiwan tersebut mestilah mempunyai 'hayat mustaqqirah' dengan tanda pertamanya haiwan itu akan menggelupur dan yang kedua darahnya terpancar ketika disembelih
iii.  Binatang tersebut hanya tidak sedarkan diri apabila melalui proses stunning, tetapi sekiranya binatang itu tidak disembelih ia akan sedar semula seperti biasa.
iv. Terdapat petugas mengawalnya semasa penyembelihan. Sekiranya terdapat penyembelihan yang tidak sempurna, binatang tersebut hendaklah dikeluarkan.
v. Pengguna stunning hendaklah dikawalselia oleh Jabatan yang bertanggungjawab
vi.  Haiwan yang mengalami stunning hanya mengalami kejutan sementara dan tidak menyebabkan mati atau mengalami kecederaaan kekal
vii.  Peralatan yang digunakan untuk tunning binatang yang halal tidak boleh digunakan untuk binatang yag tidak halal.
6.2 Jenis-jenis Stunning
Penggunaan stunning bertujuan melalikan binatang sebelum penyembelihan . Tiga jenis stunning yang biasa digunakan :
  • Stunning Elektrik
  • Stunning Mekanikal
  • Stunning Angin (Pneumatic)
6.2.1 Stunning Elektrik
i. Kekuatan arus elektirk hendaklah dikawal oleh jabatan yang berkenaan.
ii. Jenis yang menggunakan stunning di kepala haiwan iaitu meletakkan dua elektrod di bahagian kepada haiwan
iii. Stunning elektrik untuk dan itik ialah ‘waterbath’ atau ‘water stunner’ sahajavi. Voltan yang digunakan hendaklah mendapat pengesahan daripada jabatan yang berkenaan.
6.2.2 Stunning Mekanikal
 i. Hanya digunakan pada lembu, kerbau,bing dan biri-biri.
ii. Jenis yang tidak menusuk ( berkepala bentuk cendawan/bulat )
iii. Tidak menembusi atau memecahkan tengkorak supaya tidak berlaku kecedaraan kekal.
iv. Haiwan yang mati akibat sembelihan yang tidak sempurna hendaklah diasingkan
6.2.3 Stunning Angin ( Pneumatic)
i. Sejenis stuunning berkuasa elektrik yang bertindak melalui tekanan udara dan tidak mengandungi sebarang peluru
ii. Ketukan udara berlaku dibahagian hujung tengkuk haiwan menyebabkannya tidak sedarkan dirinya beberapa saat
iii. Stunning jenis ini hendaklah ditujukan pada pangkal tengkuk.

Tuesday, November 23, 2010

Status Inkubator Terkini

Dah nak penuh inkubator ni,di jangka dalam 3 minggu ni byk telur yg akan menetas,InsyAllah...
Yg belakang belah kiri tu telur ayam api-api@mutiara ada 11 bijik,sebelah kanan tu sume telur ayam kampung ada 31 bijik n depan belah kiri tu tu sume telur ayam hutan ada 20 bijik.

Monday, November 22, 2010

Reban No 3

Cuti Raya Aidiladha kelmarin jalankan proses membuat reban no 3 pulok..


Operasi Ambik Kayu


Hari khamis hari tu,18 Nov 2010 operasi bukak reban ayam lama kat belakang umah seberang sungai ni,punye la semak,mak aih dah mcm utan je tgk dr jauh.Dulu ada bela ayam kg 500 ekor kat blakang ni,tapi dapat buat sekali je,ada masaalah modal agaknye..Pas tu org pn dah pelawa "kalo nak pki kayu ko bkk je reban blakang tu".Apelagi  mcm org mengantuk di sarungkan bantal,dpt jgk save kan budget. 
Kayu pun dh bnyk yg x elok,lepas utk  pki bt lantai dgn tiang je..


Sebelum Operasi
Selepas Operasi

Tuesday, November 9, 2010

Tips Penjagaan Bunga Kertas

Berikut adalah panduan dalam penanaman bunga kertas 
• Bunga kertas memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Oleh itu untuk   menghasilkan pokok yang cantik letakkan ia di tempat terbuka.
• Pokok yang diletakkan di tempat teduh tidak berbunga sebaliknya
hanya gila daun.
• Siraman yang banyak juga penting bagi pertumbuhan dan kecantikan
pokok. Jika musim kering lakukan siraman dua kali sehari tetapi bagi
keadaan cuaca yang sederhana sekali sehari memadai.
• Pembajaan perlu dilakukan dua minggu sekali. Gunakan baja organik
dan baja campuran dan ia boleh diselang selikan.
• Bagi baja campuran pastikan ia adalah baja bunga bukannya baja
daun.
• Kadar baja adalah sekitar satu sudu besar bagi baja campuran dan
dua sudu besar bagi baja organik. Ini adalah kadar untuk pokok yang
di dalam pasu.
• Pemangkasan perlu dilakukan apabila bunga mulai gugur dan kurang
berseri. Potong bahagian yang nampak tidak elok dan selepas seminggu
bolehlah dibaja.
• Bunga kertas jarang diserang serangga. Bagaimanapun jika terkena
serangan boleh disembur dengan racun serangga biasa. Boleh juga
diamalkan menyembur racun serangga sekitar sebulan sekali.
• Tanah hendaklah sentiasa digembur bagi memberikan pertumbuhan
yang sihat.
• Pamasuan semula perlu dilakukan bila akar sudah memenuhi pasu.
Untuk itu keluarkan pokok daripada pasu dan pangkas akarnya. Selepas
itu bolehlah dimasukkan semula pokok berkenaan di dalam pasu sama
atau pasu yang lebih besar dengan diletakkan tanah baru.
• Selepas memasu semula, letakkan pokok di tempat teduh bagi tempoh
dua hingga tiga minggu. Ini kerana pokok masih berada dalam keadaan
tertekan dan perlu dimanja. Meletakkan ia di tempat terbuka akan
membuatkan pokok semakin tertekan.
• Siraman secukupnya perlu dilakukan pada pokok yang mengalami
pemasuan semula.
• Dalam pemilihan pasu untuk pokok bunga kertas gunakan pasu tanah
liat dan bukannya yang dilicau (dilicinkan). Ini bagi membenarkan
kemasukan udara dan supaya air tidak bertakung.
• Sememangnya ramai yang inginkan pasu yang cantik. Ia tidak salah
tetapi biarlah yang bersesuaian dengan keperluan pokok.
• Ada sesetengah orang mengalami pokok bunga kertas yang luruh
daun. Ini disebabkan oleh terlalu banyak baja dan juga kurang
siraman. Baja sifatnya panas jika terlalu banyak baja dan diletakkan
pula di tempat terbuka ia menjadikan pokok bertambah panas. Kurang
siraman juga menyebabkan keadaan semakin kering.
• Untuk susunan pokok bunga kertas gandingkan pokok dengan warna
berlainan dalam satu barisan bagi menaikkan seri. Bagi kotak tanaman
atau susunan di balkoni boleh juga diletakkan pokok yang sewarna.
• Pokok bunga kertas juga boleh dijadikan bonsai. Bagaimanapun,
menghimpunkan beberapa warna menjadikan ia lebih menarik. Jumlah
warna yang boleh digunakan antara tiga hingga sembilan.

Monday, November 8, 2010

Induk Ayam Baru

Semalam beli lagi induk ayam.dapat la 5 ekor,nasib la beli dari pak sedara "Buapak" dapat la diskaun sikit..so sekarang total ada 8 ekor induk VS 1 ekor bapak jantan..

Reban Didik Dalam Proses

Berita Terbaru:
Akhirnya setelah seminggu siap jugak reban ni,musim ujan telah melambatkan proses menaikkan atap..




Sedikit up-date reban didik dalam proses,penat jugak membuatnye .
nasib baik pakai barang 2nd je.di sebabkan reban ni jugak la dapat buah tangan dari penyengat.2 das jugak kene.kombang telinga sebelah.


Pandangan Sisi

Pasangan Hadapan
Reban 50% dah siap, mengekeh mengangkat reban ni.nasib la tak berat sangat.


Wednesday, November 3, 2010

Tips penjagaan Kesihatan & kebersihan ayam & reban

Penjagaan kesihatan:
Contoh Pottasium Permanganate
  • Masukkan sedikit Pottasium permanganate ke dalam air minuman untuk ayam itu minum, masuk sedikit saja setakat airnya berwarna jingga muda. Pottasium permanganate ini ada jual di farmasi.

Penjagaan Kebersihan:

Contoh Larutan Dettol

  • Dua minggu sekali tahi-tahi ayam itu disembur dengan larutan Dettol, atau beli sendiri dikedai kimia bahan yang bernama Chloro-phenol, bancuh saja dengan air, sembur saja.           


Contoh Calcium Carbonate Powder
  • Tahi ayam itu juga supaya ia cepat kering dan tidak mendatangkan lalat, taburkan dengan Calcium Carbonante powder – ada dijual di Hardwares yang orang gunakan untuk plaster dinding bata bila membina rumah itu.

PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN



Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong.
Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.


Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
    • Telur dan daging untuk makanan keluarga
    • Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
    • Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.


    • Boleh dibiakkan sepanjang tahun
    • Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
    • Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
    • Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
    • Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan
" Sistem Lantai Atas " atau " Sistem Lantai Bawah "
 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.

      • gunakan atap nipah atau zink
      • kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
      • gunakan peralatan makan/minum yang murah.


Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
1. Makanan komersil/dagangan
    • Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
    • Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
    • Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
 2. Makanan Campuran atau Sisa Makanan
      • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
      • Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
      • Ikan baja dan lain-lain


Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)

      • Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
      • Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
      • Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
      • Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
      • Boleh dilepaskan pada siang hari
      • Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
      • Sediakan sarang bertelur
      • Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

 

    • Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
    • 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
    • Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
    • Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
    • Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.


Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
    • Warisan
    • Pemakanan
    • Pengurusan
    • Persekitaran
    • Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

    • Reban sentiasa bersih
    • Anak ayam bebas dari penyakit
    • Jauh dari ternakan dan haiwan lain
    • Pelawat perlu dikawal
    • Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
    • Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
    • Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit

    • Umur 1 hari - Sampar Ayam "F" (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
    • Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar "F"
    • Umur 6 - 8 minggu - Sampar " S "

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

    • Kurang nafsu makan
    • Monyok dan tidak aktif
    • Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
    • Muka bengkak
    • Berak cair atau berdarah
    • Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
    • Sampar ayam (ND)
    • Penyakit Gumboro (IBD)
    • Puru
    • Salmonellosis
    • Pasteurellosis
    • Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.