Friday, March 30, 2012

Telur Ayam Dalam Inkubator

Assalamualaikum,

Hari ni den nak kongsi jenis2 telur unggas yg sedang dan pernah den eramkan dgn mengunakan inkubator yg den bt sendiri.Sebelum ni den pernah eramkan telur ayam api2@mutiara,telur burung puyuh dan telur burung punai (mati sbb den x de masa nak jaga).Sekarang ni dalam inkubator den yg sedang beroperasi tu terdapat 4 jenis telur unggas.Telur ayam kampung,telur ayam hutan,telur ayam belanda dan telur angsa.So far telur2 yg lain tu sume menjadi,tp yg telur angsa ni 1st time den try eram guna inkubator.Harap2 menjadi la,Den dah cadling 2 bijik mcm ada harapan jadi je,tapi lama lagi  nak tggu menetasnye smpi 32 hari.Kat bawah ni den kongsikan gambar telur2 tu.Korang tgk la sendiri perbezaan saiznye.



Thursday, March 29, 2012

Inkubator Penuh 29-3-2012

Assalamualaikum..

    Fuhh malam tadi kelam kabut den di buatnye balik keje tu,boleh lak inkubator den yg 1 tu problem.Tu dia suhu max. den check utk sepanjang hari smlm smpai 40.2cel.Pegi check kat reban border anak ayam lampu pulak 1 tak menyala.Anak ayam bru nak msuk umur 2 minggu lak tu.Adoi dgn nak tukar air minum ayam lagi.Dah la tu hari ni dah smpi masa utk masukkan telur2 yg den kutip dan simpan tu  dlm inkubator.Arghhh tapi x pe,den pinjam ayat Sivaji The Boss kali ni.COOL..den musti COOL,kot tak 1 ape pun x siap nnti.Lps den mndi dan solat den pun mula la punch card msuk keje kat reban plk.Mula2 den repair lampu utk anak ayam,patut la wire dah short,gedebak gedebuk 15 min. siap..tara anak ayam kembali ceria..
   Pas tu den repair inkubator pulak.Inkubator yg ni mmg dah bt prangai 2 ke 3 minggu ni,Ada ke ptt den set 38cel. dia blh pg smpi 43cel.Angin je 1 bdn,tp  den musti COOL. den setting blik,den setting suhu kat Control Knob tu,smpi la ke tanda 35cel baru la suhu max dlm inkubator jd 39cel.Tapi malam td den x leh tahan dah,krg kot di biarkan mau jd telur rebus nnti,sebelum jd telur rebus trus den tukar thrermostat.Tu pun dah dkt nak stgh jam baru siap.So far smpi pagi td den check dah ok suhunye.
   Lepas den anta mak den pg keje,den trus tukar air anak ayam.dah siap tu den tandakan dan msukkan telur dlm inkubator.Alhamdulillah kali ni byk telur ayam den.Kalau setiap batch yg den msukkan dlm inkubator ada la dlm 30 ke 50 bijik.Tu yg penuh inkubator den tu.Ok la u all's, it's time to work,korang lyn la gmbr yg den ambik mlm td sebelum dan selepas den masukkan telur dlm inkubator..COOOOOOLLLLL








Dalam inkubator yg  ni ada 4 jenis telur.Telur angsa,telur ayam belanda,telur ayam kampung dan telur ayam hutan


  

Wednesday, March 28, 2012

Suasana Jam 06:00am di border anak ayam.

Assalamualaikum,

Kali ni den nak kongsi gambar suasana pagi kat border anak ayam den.Kalo hari2 bekerja ni pagi2 lagi den dah sibuk terconggok kat reban bagi ayam & anak2 ayam makan.Alhamdulillah makin byk anak ayam den lepas habis wabak sampar ni.Kalo dulu dedak starter anak ayam tu seguni 50kg tu boleh tahan sampai 2 bulan lebih,kali ni belum pun cukup sebulan dah tggl suku je dedak dalam guni tu.Jom la layan gambar poit....







 
Note : Semua anak ayam ni di eramkan dengan menggunakan inkubator buatan den sendiri
(Cheh siap promo lagi tu)

Tuesday, March 27, 2012

Beli Barang Untuk Ikat Batu

Assalamualaikum..

Minggu ni den beli barang utk ikat batu kat reban baru den.Den usha 2 kedai kat area kampung den.1st kedai yg den pegi tu harga dia mmg cekik darah gila (Hardware A).Den dulu pun slalu gak beli brg kat kedai ni,bukan ape sonang dekat depan umah den je.Kali ni den pg kat kedai taman sebelah kg. den,tak jauh pun x sampai 5 minit (Hardware B).Harga barang kat kedai ni jauh lebih murah nak di bandingkan dgn kedai hardware dekat umah den tu. 

Hardware A : Simen 1 Beg : RM18.50
                      Pasir 1/2 Lori : RM80.00
                      Batu Simen 1 Pallet (600pcs) : RM 150.00

  
Hardware B : Simen 1 Beg : RM17.00
                      Pasir 1/2 Lori : RM70.00
                      Batu Simen 1 Pallet (600pcs) : RM 135.00

Confirm den pilih hardware B,den pun tggu la tokey tu naik brg dalam lori.



Bukan ape,kadang2 drebar lori ni x tau umah kat mane,lagi2 kalo area kg.Den borak2 dgn drebar dio,cheh dio tau umah den,dio slalu dtg beli santan dgn ikan keli kat ayah den.Sonang cite den gerak dulu blik umah tggu kat umah trus..Dan....

Barang pun sampai..



Chiss dah bercampur pulak batu dengan pasir,dah 1 keje pulak nak mengasingkan nnti..
 Petang tu dah siap bancuh simen dah dgn tibe2 

 
Dan...

 Hari pun ujan..tak sempat nak ikat batu simen yg dah bancuh tu pun tak dapat di selamatkan..Tapi tak pe huajan rahmat ni..

Note : Haha 2 gambar yg last skali tu tah gambar dari mane tah,den ambik kat google.X sempat den nak ambik gambar hari tu.

Thursday, March 22, 2012

Sembur EM Pada Reban

Assalamualaikum ,

Kali ni den nak kongsi apa itu EM dan kegunaannya dalam sektor penternakan.

Apa itu EM:

EM merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria.
Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario. Di Malaysia - EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan Alam Sekitar.

Selain mempercepatkan penguraian / pereputan sisa buangan organik & menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM-1 berupaya merencatkan / menghapuskan pembiakan bakteria parasit.


EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.

Prinsip EM ialah perubahan bahan buangan yang mengandungi mikrob yang merbahaya kepada sesuatu yang produktif dan mengandungi mikroorganisma berguna. Prinsip yang mudah ini menjadi asas kepada teknologi EM didalam pertanian dan pengurusan alam sekitar.
 

Kegunaan EM :

1. Mengurangkan bau busuk dengan ketara pada haiwan, kandang dan tangki septik.
2. Mengurangkan populasi lalat,kutu, serta serangga berbahaya.
3. Membantu meningkatkan kesihatan ternakan.
4. Mengurangkan faktor tekanan pada haiwan dan meningkatkan immuniti melawan penyakit.
5. Meningkatkan kualiti produk ternakan serta jangka hayat ternakan.
6. Meningkatkan produktiviti ternakan.
7. Menjimatkan kos keperluan ternakan dari segi penggunaan ubatan, antibiotik dan antiseptik.

 
Cadangan pengunaan/Recommended use

1. Haiwan ternakan kandang, tangki septik & najis.
2. Makanan & Minuman ternakan.

Cara Penggunaan/Methods of Application

-Sembur EM pada ternakan serta tempat berkenaan.
-Bancuh dan semburkan pada makanan & minuman.

Gambar kat bawah ni aktiviti ,den sembur reban ayam den mengunakan EM.





   
Ni Jenis EM yg den gunakan:




Thursday, March 8, 2012

Ragam Inkubator

Assalamualaikum,

      Alhamdulillah,kali ni anak2 ayam yg menetas sumenye sihat2 belaka.Tiada lg yg cacat seperti masa mula2 den nak blaja eram telur pakai inkubator.Hampir setahun jugak den blaja ragam dan perangai eramkan telur pakai inkubator ni.Org ckap mmg senang,"bukan ssh sngt kutip dan kumpulkan kan telur,bersihkan dan tuliskan tarikh pas tu msukkan dalam inkubator.Setiap hari golekkan telur 3 ke 4 kali dan air jgn kasi kering.18 ke 21 hari menetas la telur tu", ha tu cakap org.Tapi bila sampai masa,telur menetas,tengok peratus yg cacat tinggi,kita nak slahkan siapa,adakah pembuat dan penjual inkubator atau pun diri kita sendiri.Walaupun kita dah ikut prosedur dan cara2 mengunakan inkubator kekadang perkara ini ttp akan berlaku.Lagi pun inkubator penternak kecil mcm kita ni pun bukan canggih manggih sgt mcm yg berharga RM ribuan ringgit ,blh detect suhu,humadity dan semunye secara automatik.
     Biasanye kita akan pkai just basic utk inkubator.Main heart for incubator,Thermostat yg berjenama CAEM,Jaeger atau pun Rainbow.Pastu nak canggih ckit pasang blower fan.Body dari box plastik (mcm yg den jual tu"sempat promo lagi bro") atau pun pkai playwood.Pas tu msti ada aksesori  thermometer atau pun yg siap dgn hygrometer.Ape yg den blaja dr pengalaman den thermostat ni pasti akan byk ragam.So kite kene pandai tuning mcm tuning karburetor motor kapchai kite tu.kita kena sentiasa pastikan suhu yg kita tetapkan pd thermostat sama dgn suhu pd thermostat.
     Kdg2 perkara ni yg kita terlepas pandang.Setiap hari kite kene periksa benda ni.Kebiasaannya para pembuat dan penjual inkubator  akan memastikan inkubator yg hendak di  jual,di test run 1 ke 2 hari bagi memastikan thermostat berfungsi dgn betul.So lepas ni,rajin2 kan la mata kite ni menengok dan menjeling kat suhu thermostat dan suhu thermometer tu,pastikan ianya same dan tolerance tak lari jauh sgt.Ingat suhu inkubator ni walupun +/- 1 cel,ianya memainkan peranan yg penting dan akan mempengaruhi telur yg di eramkan.Renung-renungkan dan selamat beramal...