Friday, January 27, 2012

Proses Vaksin ND

Salam,
Walaupun dah terlambat,den tetap bagi vaksin ND kat ayam2 den,mane la tau kot ade yg terselamat.Moh layan gambar weih.

Vaksin ND Newcastle & Bronchitis Vaccine


Air paip yang telah di biarkan semalaman bagi menghilangkan klorin akan di di letakkan ais bagi mengekalkan suhu 13cel ke 15 cel semasa memasukkan vaksin ND.


Antara Peralatan yang den gunakan dalam proses pemberian vaksin
Keadaan Semasa Proses Pemberian ND Di Jalankan.



Wednesday, January 25, 2012

Sampar Melanda Pedas Backyard Poultry Farm

Salam,
Dugaan utk den awal tahun ni (dari 18/1/2012 sehingga hari ni),reban den di landa sampar,habis kosong reban den poit.Tiada lagi kemeriahan kokok ayam di awal pagi.Tinggal kokok ayam2 pikat den je (jangan ayam2 pikat ni pun kena nnti udah).Ayam bapak den btl2 tinggal sekor je dr 6 ekor.Induk ada la lg tggl dlm 6 ekor.Tu pun setakat hari ni,tah2 besok pun kiok jgk.Den tak de nak tggu ayam tu mati de,den carik mane yg ade tanda2 kene sampar selsema,mata merah,badan lemah dan kepala terlentok je trs den kumpulkan dan sembelih.Den takut berjangkit pulak kat jiran2 den punya ayam nnti.Kot ikut kiraan kasar den dah dekat nak 250 ekor yg mati sendiri dan kene sembelih termasuk la anak ayam dr umur 1 bulan ke 4 bulan,stok ayam utk jualan dan ayam induk.Byk rugi wooo,tapi x pe ni mungkin dugaan dan pengajaran utk den.Lagi pun dpt jugak pengalaman mcm mane nak handle situasi bile kene sampar ni.Jom layan gambar (Gambar Agak Mengerikan)kepada yg lemah semangat di nasihatkan jgn tgk beb.....









Thursday, January 19, 2012

Batch Anak Ayam January 2012

Salam,

Kali ni den nak kongsikan gambar anak ayam den untuk batch bulan Januari 2012.Tahun lepas dlm bulan 10 dgn 11 banyak anak ayam den yg umur 2 bulan ke 4 bulan mati kena penyakit koksidiosis. Jom layan gambar.





Thursday, January 12, 2012

Telur Ayam Kecik

Salam,

Malam tadi pas den balik keje,den tgk kat dalam tray telur ayam den ada sebijik telur kecik.Kebiasaannye kot time hari keje ni ayah den yg akan kutip telur2 ayam dan letakkan kat dalam tray yg dah den sediakan.Saiz telur ayam ni 4 kali lebih kecik dr telur ayam kampung yg biasa tu.Ada org ckap tlur ayam jantan.Den pun tak pasti,den nak cube eramkan,mane tau ada benih dan jadik pulak nnti.



Friday, January 6, 2012

Kerja Menaikkan Rangka Atap

Salam,
Sambungan dari dari projek membaut reban baru,lepas den tegakkan tiang utama, den naikkan pulak rangka unk atap.Tak sempat den nak siapkan hari tu,minggu ni den akan sambung balik kerja2 pasang rangka atap ni.Kot sempat den akan naikkkan atap skali,den akan pakai atap jenis ardex,sejuk ckit maa.




Thursday, January 5, 2012

Kerja Pembinaan Bermula

Salam Penternakan Semua,

Sempena cuti tahun baru ni,den sibuk menyiapkn reban baru den.Ukuran utk reban baru kali ni bersaiz 18' x 10'.Sebenarnye dennak bt besar lagi,tapi di sebabkan kesesuaian dan keluasan tanah yg tak mengizinkan hanya saiz tu je yg den dpt buat.len kali den blh buat reban lain pulak.Jom layan gambar masa den tgh bancuh konkrit dan tgakkan tiang utama.











Macam biaso la den terpakse guno model den utk ambik gambar.Buat keje pakai selipar je,tak de safety langsung.