Thursday, March 22, 2012

Sembur EM Pada Reban

Assalamualaikum ,

Kali ni den nak kongsi apa itu EM dan kegunaannya dalam sektor penternakan.

Apa itu EM:

EM merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria.
Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario. Di Malaysia - EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan Alam Sekitar.

Selain mempercepatkan penguraian / pereputan sisa buangan organik & menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM-1 berupaya merencatkan / menghapuskan pembiakan bakteria parasit.


EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.

Prinsip EM ialah perubahan bahan buangan yang mengandungi mikrob yang merbahaya kepada sesuatu yang produktif dan mengandungi mikroorganisma berguna. Prinsip yang mudah ini menjadi asas kepada teknologi EM didalam pertanian dan pengurusan alam sekitar.
 

Kegunaan EM :

1. Mengurangkan bau busuk dengan ketara pada haiwan, kandang dan tangki septik.
2. Mengurangkan populasi lalat,kutu, serta serangga berbahaya.
3. Membantu meningkatkan kesihatan ternakan.
4. Mengurangkan faktor tekanan pada haiwan dan meningkatkan immuniti melawan penyakit.
5. Meningkatkan kualiti produk ternakan serta jangka hayat ternakan.
6. Meningkatkan produktiviti ternakan.
7. Menjimatkan kos keperluan ternakan dari segi penggunaan ubatan, antibiotik dan antiseptik.

 
Cadangan pengunaan/Recommended use

1. Haiwan ternakan kandang, tangki septik & najis.
2. Makanan & Minuman ternakan.

Cara Penggunaan/Methods of Application

-Sembur EM pada ternakan serta tempat berkenaan.
-Bancuh dan semburkan pada makanan & minuman.

Gambar kat bawah ni aktiviti ,den sembur reban ayam den mengunakan EM.





   
Ni Jenis EM yg den gunakan:




No comments:

Post a Comment