Musim hujan seperti ini la penyakit sampar@ newcatle disease yang amat di takuti oleh penternak unggas akan mudah membiak dan merebak.
Penyakit Sampar Ayam (ND)
- Disebabkan oleh Paramyxovirus virus
- Pelbagai peringkat umur
- Cepat merebak melalui udara, makanan dan air yang tercemar.
TANDA-TANDA:-
- Kesukaran pernafasan
- Kesukaran pergerakan dan tengkok melentuk
- Tahi yang berwarna kuning kehijauan
- Kelesuan dan bulu ayam kelihatan pudar
- Pendarahan di dalam proventikulus dan usus kecil
- Kesesakan darah dan cecair pada sistem pernafasan
- Tebal karung udara (air sac)
- Jumlah kematian yang tinggi > 50%
PENGAWALAN
- Kawal kebebasan ayam anda,kalau boleh kurung kurung je dalam reban,dan sentiasa pastikan makanan dan minuman di dalam reban mencukupi.
- Kawal kedatangan pelawat luar dari memasuki kawasan ternakan kita.
- Berikan ubat kawalan penyakit sampar seperti Vaksin ND.
- Boleh juga di cuba petua-petua yang lain seperti mengunakan serbuk cap kaki 3,daun hempedu ular,dan bawang putih.
- Kalau dah ada ayam-ayam yang mempunyai tanda-tanda kene penyakit sampar ni eloklah di asingkan bagi mengelakkan jangkitan pada ayam-ayam yang lain.
Salam, Try bagi ubat selsema kita http://ayam--siam.blogspot.com/
ReplyDelete