Thursday, March 17, 2011

Ayam Bantam

Den memang minat btul dgn ayam ni,kaler dia pehhh cun tu..
Bawah ni artikel mengenai "Ayam Bantam".

Ayam bantam atau nama penuhnya Laced Sebrights Bantam adalah antara ayam exotic yg digemari pada hari ini. Sebright adalah sejenis ayam yang dinamakan berdasarkan orang yang menghasilkannya iaitu Sir John Saunders Sebright. Bantam pula bermaksud kecil atau katik. Berat ayam ini adalah seperti berikut :

• Jantan dewasa 0.74 Kg
• Betina dewasa 0.63 Kg

Baka kacukan ini dihasilkan sekitar tahun 1800. Bermula tahun 1874 ayam ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu Silver Laced Sebrights dan Gold Laced Sebrights. Walaupun ia telah berjaya dikelaskan, namun usaha utk menambahbaik ayam ini masih dijalankan sehingga tahun 1952 di mana baka ini telah disahkan. Pada tahun 1965, The American Bantam Association Standard telah mengeluarkan standard terhadap ayam ini. Kedua-dua jenis ayam ini kekal popular hingga ke hari ini dan bakanya bertaburan di serata negara

Jenis-jenis Ayam Bantam

Jantan Dewasa Silver Laced

Betina Dewasa Silver Laced
Jantan Dewasa Golden Laced

Betina Dewasa Golden Laced  
Kacukan baru - Buffed Laced Jantan Dewasa

Kacukan baru - Buffed Laced Betina Dewasa  
Gambar Ayam Bantam










1 comment: