Tuesday, November 2, 2010

Anak Ayam Kampung

Induk Tiruan "Inkubator"

Hello Dunia,yang dalam kulit telur lagi tu adik bongsu.

Along & angah,tapi tau mane jantan dgn betina lagi..

Border untuk training anak ayam..pakai kotak untuk ternak cacing yang dah tak berapa nak berjaya tu.

Monday, November 1, 2010

My Akuarium


Ikan Kaloi,Belida & Puyu

My Akuarium

Ikan Kaloi si ikan kaloi

Friday, October 29, 2010

Bonsai Projek

Ni antara bonsai yang ada..still training lagi baru setahun berkecimpung dalam bonsai ni....



Ni Bonsai Kesayangan ni..
"Miss I 21-2-2010"



"Mr.K 21-2-2010"

Penanam Serai

PANDUAN MENANAM SERAI




PENGENALAN
Serai makan adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum
di peringkat antarabangsa sebagai ‘lemongrass’ iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Spesis C. citrates
tersebar luas dikawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia, manakala penanaman C. Flexus lebih tertumpu
dikawasan Malabar, India.
Negara-negara utama yang menanam serai makan secara komersial adalah India, China, Guatemala dan Brazil. Di
negara-negara ini serai makan diusahakan untuk pengeluaran minyak pati.
Pengeluaran minyak pati dunia dalam tahun 80an ialah kira-kira 310 tan setahun. Di Malaysia, industri pengeluaran
minyak pati serai makan atau minyak-minyak pati lain hampir tidak wujud. Oleh itu, serai makan hanya ditanam untuk
kegunaan segar sebagai perisa makanan.
KEPERLUAN IKLIM DAN TANAH
Tanaman serai makan sesuai di tanam dikawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan. Taburan hujan
yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada
kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak
memuaskan. Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.
BAHAN TANAMAN
Tanaman serai makan C. citrates dibiak menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun
yang telah tua, berumur 8 hingga 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan
besar digunakan sebagai tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan
akar.
PENYEDIAAN TANAH
Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. Satu
pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang
gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.
PENANAMAN
Dua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman
bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan
sebaliknya bagi tanah yang subur.
Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3
m hingga 1.0 m. Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0 m antar baris x 0.5 m dalam baris iaitu
memberi kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.
PEMBAJAAN
Serai makan dikenali sebagai tanaman yang ‘menghauskan’ tanah. Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak
untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang.
Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah. Biasanya baja
ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas di tabur dan digaul kedalam tanah
semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan.
Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam. Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman
ditanah mineral ialah 80-100 kg N, 40-60 kg P2O5 dan 40-80 kg K2o. Bagi Tanah gambut, kapur atau zeolite sebanyak
2.5 tan/ha perlu juga di tabur.
Baja asas : Sebatian NPK 12:12:17:2
Baja Tambahan : Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas menanam.
KAWALAN RUMPAI
Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya diperingkat awal pertumbuhan. Sekiranya
penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi. Sehingga kini belum ada
laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.
PENUAIAN
Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6 hingga 8 bulan selepas ditanam. Rumpun-rumpun
digali menggunakan cangkul. Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10 – 15
cm. Bagi tanaman yang berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40
batang yang boleh dipasarkan. Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak
pati.
Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6 hingga 8 bulan.
Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah. Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan
dipotong semula setiap 3-4 bulan. Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya
semakin rendah. Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 hingga 12 tan/ha bergantung
kepada umur dan kesuburan tanaman. Oleh itu, anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian)
dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32-48 tan/ha.
KOS

Laut Mati

Laut Mati (Ibrani: ים המלח; Arab: البحر الميت‎) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan JordanTebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinanSungai Jordan. dan sebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah

Lebuhraya Israel Di tepi Laut Mati

Pemandangan Laut Mati
Kawasan Laut Mati

KAUM LUT A.S. DAN BANDAR YANG DILINGKUPKAN

(Demikian juga) kaum Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan) oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam – Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu
(Surah Al-Qamar: 33 -36)

Nabi Lut a.s. hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s. Baginda telah dihantar sebagai rasul bagi satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim a.s. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, kaum Lut a.s. membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan, iaitu; liwat. Apabila Lut mengajak kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut juga amaran dari Allah SWT, mereka telah menolak seruan itu, menafikan kerasulannya sambil meneruskaan perbuatan terkutuk itu. Akhirnya masyarakat itu telah dimusnahkan melalui satu malapetaka yang dahsyat.

Bandar tempat tinggal Nabi Lut a.s. disebut oleh Perjanjian Lama sebagai Bandar Sodom. Bnadar ini terletak di bahagian utara Laut Merah dan dipercayai telah dimusnahkan seperti yang tersebut di dalam Al-Quran. Kajian-kajian arkeologi mendapati bahawa Bandar ini terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Israel-Jordan.

Sebelum kita mengkaji kesan-kesan kemusnahan tersebut, mari kita sama-sama melihat mengapa kaum Nabi Lut a.s. telah dibalas sedemikian rupa. Al-Quran telah menerangkan bagaimana Nabi Lut memberi ingatan kepada kaumnya dan jawapan mereka terhadapnya;

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutuskan kepada meraka). Tatkala saudara mereka – Nabi Lut, berkata kepada mereka : “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan Nya.

“Sesungguhnya Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meinta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekelian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan) kebanyakan haiwan)!

“Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami ) , nescaya engkau akan diusir keluar! Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji.” (Surah as-syuara: 160-168)

Seruan Nabi Lut a.s. telah disambut dengan pelbagai ugutan oleh kaumnya. Baginda telah menerima kebencian daripada kaumnya hanya kerana baginda menunjukkan ke jalan yang benar . Mereka berusaha untuk menyisihkan baginda dan pengikut-pengikutnya. Di dalam ayat-ayat yang lain, kejadian ini diterangkan seperti berikut;

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
“Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meningalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.”
(Surah Al-A’raf:80-82)

Nabi Lut a.s. meneruskan sesruannya ke arah kebenaran yang abadi dan mengingatkan mereka secara khusus, namun, kaumnya tidak sedikitpun mengendahkan seruan tersebut dan terus-menerus menolak Nabi Lut serta amarannya.

Dan (ingatah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu. “Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu –lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan Kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perkumpulan tetamu” ? Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “ Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.”
(Surah Al-Ankabut: 28-29)

Setelah menerima jawapan seperti di atas dari kaumnya, Nabi Lut a.s. memohon pertolongan dari Allah SWT;

(Lut berdoa): “Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan”.
(Surah As-Syuara:169)

Sebagai memakbulkan doa Nabi Lut a.s. Allah SWT telah menghantar dua malaikat yang menyerupai manusia. Sebelum bertemu dengan Nabi Lut, kedua-dua malaikat tersebut telah menziarahi Nabi Ibrahim a.s. terlebih dahulu. Kedua-dua utusan Allah SWT itu membawa berita gembira buat Nabi Ibrahim kerana isterinya akan melahirkan seorang anak. Mereka juga menerangkan tujuan mereka dihantar oleh Allah SWT; kaum Lut yang biadab akan dimusnahkan.

Nabi Ibrahim bertanya: “(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?” Mereka menjawab : “Sesungguhnya Kami menimpakan mereka dengan batu-bata dari tanah terbakar). Batu-bata itu ditandakan di sisi Tuhanmu , untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya), “ (Surah Ad- Dhariyat : 59-60)

Selepas meninggalkan NabiIbrahim a.s. , kedua-dua malaikat utusan Allah SWT itu pergi bertemu kedua-dua utusan ini, tetapi selepas mereka berbual seketika, perasaan cemas itu pun hilang.

Dan apabila dating utusan-utusan kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini , adalah hari yang amat mencemaskan”? (Surah Hud:77)

Nabi Lut berkata : “Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)”. Mereka menjawab : (Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami dating kepadamu untuk membawa azab yang mereka meragu-ragukan kebenarannya. “Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar. “Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah dibelakang mereka; dan janganlah seorangpun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya”. Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya. (Surah Al-Hijr:62-66)

Sementara itu, kaumnya telah mendapat berita bahawa Nabi Lut dikunjungi oleh tetamu. Tanpa segan silu , mereka telah dating untuk bertemu dengan tetamu-tetamu Nabi Lut seperti mana perangai mereka yang sudah-sudah. Mereka mengelilingi rumah Nabi Lut. Baginda berasa bimbang akan tetamu-tetamunya lantas berucap kepada mereka;

Nabi Lut berkata: “sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku. “Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghinakan daku.” (Surah Al-Hijr: 68-69)

Kaumnya menjawab;
Mereka menjawab: “Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindingan kepada mereka)?” (Surah Al-Hijr: 70)

Mengenangkan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya dan tetamu-tetamunya, Nabi Lut lantas berkata:

“Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).” (Surah Hud: 80)

“Tetamu-tetamunya” mengingatkan Nabi Lut bahawa mereka adalah utusan Allah SWT dan berkata:

“Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isiterimu, sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” (Surah Hud: 81)

Apabila kebiadapan penduduk-penduduk bandar itu sampai kemuncaknyaAllah SWT telah menyelamatkan Nabi Lut melakui kedua-dua malaikatNya. Pada sebelah paginya, kaum Lut a.s. telah dimusnahkan oleh satu malapetaka yang pernah diingatkan Nabi Lut kepada mereka.

Dan demi sesungguhnya mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): “Rasalah azab Ku dan kesan amaran-amaranKu!” Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya). (Surah Al-Qamar: 37-38)

Ayat-ayat tersebut menerangkan kemusnahan kaum itu seperti berikut:

Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya , negeri kaum Lut yang dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui) orang). (Surah Al-Hijr: 73-76)

Maka apabila dating (masa perlaksanaan) perintah Kami. Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. (Surah Hud: 82-83)

Kemudian Kamu hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut) . Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan): maka matlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungoi satu tanda (yang membuktikan kekuasaaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Surah As-Syuara: 172-175)

Apabila kaumnya dihapuskan , hanya Nabi Lut dan mereka yang beriman sahaja yang terselamat. Bilangan mereka hanyalah seramai satu “isirumah”. Isteri Nabi Lut a.s. juga tidak beriman dan telah bersama-sama dengan kemusnahan.

Dan Nabi Lut juga (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri ”.

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan(batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. (Surah Al-A’raf: 80-84)

Justeru itu, Nabi Lut a.s. telah diselamatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan keluarganya kecuali isterinya. Perjanjian Lama Mangatakan bahawa baginda dan Nabi Ibrahim a.s. telah berhijrah. Bagi orang-orang yang zalim , mereka semuanya telah dibinasakan dan Bandar tempat tinggal mereka hancur ke bumi.

“Tanda-tanda yang Jelas” di dalam Tasik Nabi Lut

Ayat ke 82 Surah Hud menerangkan dengan jelasnya malapetaka yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s.

Kenyataan “diterbalikkan” membayangkan bahawa wilayah itu telah dihancurkan sama sekali oleh gempa bimu yang hebat. Sejurus itu, Tasik Nabi Lut, tempat berlakunya bencana tersebut menjadi bukti “nyata” berlakunya peristiwa itu.

Kami memetik daripada ahli arkeologi Jerman, Werner Keller seperti berikut;
Bersama-sama dengan asas rekahan besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya , disebabkan oleh satu gempa yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar.”

Sebenarnya, tasik Nabi Lut atau juga sebagai Laut Mati terletak betul-betul di atas wilayah gempa bumi yang aktif atau juga dikenali sebagai zon gempa bumi.

Dasar Laut Mati terletak pada asas pergerakan bumi yang menghala ke bawah. Lembah ini terletak dalam keadaan ketegangan antara Tasik Tabariye di utara dan pertengahan Lembah Arabah di bahagian Selatan.

Kejadian ini diterangkan sebagai “Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” di akhir ayat itu. Semua kebarangkalian menunjukkan leptupan gunung berapi berlaku di setiap tebing Tasik Nabi Lut yang mengakibatkan batu batan meletup dan menjadi seperti “dipanggang” . (Kejadian ini juga diterangkan di dalam ayat 173 Surah As-Syura; “ Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.”)

Bersangkutan dengan perkara ini, Werner Keller telah menulis;
Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi di dalam bumi yang selama ini tidak aktif dis epanjang rekahan tersebut. Di Bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur.

Timbunan lava dan Baslt menjadi bukti yang paling nyata bahawa letupan gunung berapi dan gempa bumi pernah berlaku di tempat ini. Kenyataan di dalam Al-Quran “Kami hujani mereka dengan batu dari tanah gunung berapi, dan Allah Maha Mengetahui. Kenyataan “Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami terbalikkan)”, yang terdapat di dalam ayat yang sama merujuk kepada gempa bumi yang menyebabkan gunung berapi meletup di atas permukaan bumi dengan kesan yang sungguh hebat menyebabkan rekahan dan menerbangkan abu, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui kebenarannya.

“Bukti nyata” yang dihidangkan oleh Tasik Nabi Lut adalah sangat menarik sekali. Secara umumnya kisah-kisah yang disebut di dalam Al-Quran berlaku di Timur Tengah , di Semenajung Arab dan Mesir . Di tengah-tengah wilayah ini terletaknya Tasik Nabi Lut. Tasik tersebut dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekelilingnya menarik minat secara geografi. Tasik itu berada lebih kurang 400 meter di bawah permukaan Mediteranean. Memandangkan tempat yang paling dalam di dalam tasik itu ialah 400 meter, maka dasarnya ialah 800 meter dari permukaan Mediterranean. Ia adalah titik tempat yang paling dalam di dunia ini. Ditempat-tempat lain yang lebih rendah dari paras laut,yang paling dalam pun hanya 100 meter. Salah satu cirri penting Tasik Nabi Lut ialah kandungan garamnya yang sungguh tinggi dengan isipadu hampir 30%. Oleh kerana itu, tiada sebarang organisme boleh hidup termasuk laut dan lumut, sebab itulah di dalam penulisan-penulisan Barat, Tasik Nabi Lut dikenali sebagi “Laut Mati”.

Mengikut anggaran, kejadian yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s. seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran berlaku disekitar 1800 SM. Berasaskan kajian-kajian geografi dan arkeologinya, penyelidik jerman, Werner keller telah mencatatkan bahawa Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah memang sesbenarnya terletak di wilayah paling jauh dan paling rendah di Tasik Nabi Lut. Pada satu masa dahulu tempat ini diduduki dengan meluasnya.

Sifat struktur Tasik Nabi Lut yang paling menarik perhatian ialah kesan yang menunjukkan bagaimana satu malapetaka telah berlaku seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Di Pantai Laut Mati di sebelah timur, sebuah semenanjung yang dikenali sebagai Al-Lisan menonjol keluar ke arah air. Al-Lisan bermaksud “lidah” dalam bahasa Arab.

Semenanjung ini tidak dapat dilihat dari daratan kerana
Ia jatuh di bawah permukaan air pada sudut yang luas, membahagikan lautan kepada dua bahagian. Di bahagian kanan, tanahnya amat curam ke bawah sehingga 1200 kaki dalam. Di sebelah kiri pula, airnya sentiasa cetek. Kajian bunyi yang dilontarkan ke bawah hanya merekodkan kedalaman sebanyak lima puluh hingga enam puluh kaki. Kawasan cetek ini yang melingkari semenanjung Al-Lisan hingga ke bahagian paling selatan adalah wilayah Lembah Siddim.”

Werner Keller telah juga mencatatkan bahawa kawasan yang cetek ini terbentuk selepas berlakunya kejadian gempa bumi dan keruntuhan besar akibat gempa tersebut. Di sinilah terletaknya pada satu masa dahulu Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah; tempat tinggal kaum Nabi Lut a.s.

Satu ketika dahulu tempat ini boleh dilintasi dengan hanya berjanji kaki. Namun hari ini, Lembah Siddim di mana terletaknya Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah dilitupi oleh permukaan rata bahagian cetek Laut Mati. Keruntuhan hebat asas bumi akibat malapetaka itu yang berlaku pada permulaan milinium kedua SM menyebabkan air masin dari bahagian utara memasuki rekahan yang baru terjadi itu sehingga penuh.

Kesan-kesan dari Tasik Nabi Lut dapat dilihat dengan jelas. Apabila seseorang mendayung perahu melintasi tasik tersebut ke arah selatan, dan sekiranya matahari menyinari ke arah yang tepat, beliau dapat melihat sesuatu yang menakjubkan. Di situ kawasan yang agak jauh dari pantai, kelihatan dengan jelas di dassar air, garisan hutan yang disimpan sebagai khazanah oleh Laut Mati yang mengandungi kandungan garam yang amat tinggi. Batang-batang pokok dan akar-akarnya yang dapat dilihat di dalam gemerlapan air yang kehijauan adalah peninggalan silam. Lembah Siddim, tempat di mana pokok-pokok ini satu masa dahulu tumbuh dengan suburnya adalah kawasan yang paling cantik di wilayah tersebut.

Aspek mekanikal malapetaka yang menimpa kaum Nabi Lut telah didedahkan oleh para penyelidik kaji bumi. Mereka melaporkan bahawa gempa bumi yang menghancurkan kaum Nabi Lut a.s. berlaku akibat rekahan panjang pada bumi (garisan gelinciran), sepanjang 190 kilometer dan membentuk dasar sungai Sheri’ at. Sungai ini jatuh sebanyak 180 meter. Fakta ini dan diperkuatkan fakta Tasik Nabi Lut 400 meter di bawah paras laut merupakana dua bukti penting yang menjelaskan satu kejadian geologi yang hebat telah berlaku di sini.

Struktur menarik sungai Sheri’at dan Tasik Nabi Lut hanya meliputi sebahagian kecil rekahan atau pemisahan yang melewati kawasan muka bumi di sini. Keadaan dan panjang rekahan atau pemisahan yang melewati kawasan muka bumi di sini. Keadaan dan panjang rekahan tersebut hanya diketahui baru-baru ini.

Rekahan ini berlaku bermula daripada pinggiran Gunung Taurus dan memanjang ke arah selatan pantai Tasik Nabi Lut dan berterusan hingga melampaui gurun Arab dan terus ke Teluk Aqaba serta bersambung melintasi Laut Merah dan berhenti di Afrika. Sepanjang laluan ini, aktiviti-aktiviti segar gunung berapi dapat diperjhatikan . Lava dan Baslt hitam masih wujjud di Pergunungan Galillee di Israel, wilayah dataran tinggi Jordan, Teluk Aqaba dan kawasan-kawasan sekelilingnya.

Semua kesan ini dan bukti-bukti geografi menunjukkan bahawa satu malapetaka geologi pernah berlaku di Tasik Nabi Lut. Werner Keller menulis:

Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah , pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya.Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan,petir,pelepasan gas asli dan kebakaran besar. Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi yang selama itu tidak aktif di dalam bumi sepanjang rekahan tersebut. Di Bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur.

Pihak National Geographic telah membuat komen berikut pada disember 1957, Gunung Sodom yang tidak subur menonjol keluar daripada Laut Mati. Tiada siapa pun pernah menemui bandar-bandar Sodom dan Gomorrah yang telah binasa. Namun, para sarjana mempercayai bahawa kedua-dua Bandar ini terletak di Lembah Siddim berhadapan dengan tebing-tebing ini. Kemungkinan besar, kejadian banjir yang berlaku di Laut Mati telah menengelamkan Bandar-bandar ini selepas berlakunya satu gempa bumi.

Dipetik dari buku: KAUM-KAUM YANG PUPUS, Yahya Harun, Penerbitan Saba Islamic Media.

Kisah Batu Tergantung


Bagaimana dengan batu yang merupakan pijakan Nabi saat ber-isra'mi'raj? Di samping ini adalah gambar batu tersebut. Ia berada di Jerusalem, Palestin di wilayah Masjid al Aqsa.



Batu inilah yang dilindungi dengan bangunan yang kita kenal sebagai simbol Palestin, yaitu Masjid Berkubah Emas, Dome of the Rock, atau Qubah al Shakhra atau Masjid Kubah Batu. 

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud 'Tempat Nabi bermikraj', disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): "Berkatalah al-Imam Aku Bakar Ibnul 'Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

"Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.

"Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi s.a.w. berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda s.a.w maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.

"Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain."

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul 'Arabi.

Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad s.a.w tergantung-gantung.

Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan.

Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya.

Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas.

Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap.

Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul 'Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua'lam.
 

Thursday, October 28, 2010

Sejarah Palestin



Cerita pasal Palestin ni berkait dgn terlalu banyak benda seperti gerakan Yahudi Sedunia, bagaimana Yahudi influence US/British dsbgnya. Cerita ni boleh disampaikan dalam 2 fasa, satu sejarah Palestin silam dan moden.
Sejarah Silam
Palestin adalah tempat yg bermakna utk umat Islam kerana kat situlah pusat kenabian.. ramai nabi nabi yg diturunkan di situ, atau paling kurangpun berkait dgn palestin. org yahudi claim palestin, antara alasannya, mereka adalah penduduk asal di situ. namun, mengikut kajian sejarah, penduduk asal di situ adalah kaum Arab yg diberi nama Kanan (Kan-An) yg menetap pada 2500 s.m.
Sejarah kenabian di palestin bermula dgn nabi Ibrahim. kita semua ingat bagaimana nabi Ismail ditinggalkan kat mekah, dan asalnya mata air zam zam. Nabi Ibrahim bukanlah bangsa Israel. Slps Ibrahim, ada nabi Ishak yg kekal di palestin dan nabi Ismail pula di Mekah.
Bani Israel adalah keturunan dari nabi Yaakub, termasuklah anak anaknya, cucu cicit... (Israel : org yg berjalan malam) . nabi Yaakub menetap di palestin. anak nabi yaakub ada sorang nama Yahuza.. di situlah asalnya nama Yahudi. kita tahu cerita bagamana anak nabi yaakub, nabi yusof dikhianat oleh abg abg dia, ditinggalkan kat pdg pasir dan kemudian diselamatkan dan dibawa ke mesir. selepas nabi yusof jadi pemerintah kat mesir, beliau jemput nabi yaakub dan keluarga dia pindah ke mesir. Pusat kenabian skrg berpindah ke mesir, sehinggalah kepada zaman nabi Musa dan firaun.
Nabi Musa lepas melarikan diri dari Firaun melalui laut merah tu membawa rakyatnya (bani israel) kembali ke palestin. namun org yahudi tak nak masuk palestin (degilnya..) sebab masa tu ada org lain perintah palestin. jadi, Allah sesatkan diorang selama 40 tahun. pada waktu tu, Nabi Musa dan Harun wafat. Nabi Yusa' (dikenali sbg Joshua) adalah nabi yg memimpin Yahudi masuk baliik ke Palestin slps itu (1190 s.m.).
Dlm Quran ada disebutkan kisah nabi daud dan tentera Raja Talut. raja Talut memberi takhta kpd nabi daud sbg raja di palestin, dan start dari sini, bermulalah kerajaan yahudi di palestin. Nabi daud tukat nama bandar pemerintahan kat situ, asalnya Madinatussalam kpd jerusalem (Hebrew) - 995 s.m.
nabi Daud digantikan oleh nabi Sulaiman, dan pada ketika inilah zaman kegemilangan Yahudi sebab kita tahu betapa besarnya kerajaan nabi sulaiman (menguasai jin dsb) dan mereka percaya nabi sulaiman ada bina temple (nama: Haikal temple) kat Jerusalem.
slps nabi sulaiman wafat, Palestin terbahagi kpd 2, pertama ialah kingdom of Israel, yg ditewaskan oleh Parsi kemudiannya. satu lagi ialah Kingdom of Yahudi yg tewas kat Nebuchadnezar. Yahudi dihalau ke Iraq dan tak dibenarkan masuk lagi. (500-an s.m.)
pemerinatahan bertukar tangan dari Parsi ke Alexander The Great ke Rom (63 s.m.) sehinggalah Umar Al-Khatab ambil Palestin pada tahun 638 m. Dari situ, kita boleh lihat, yahudi cuma menjadi kerajaan kat Palestin cuma 4 kurun saja.. dari nabi daud hingga sblm nebuchadnezzar (1104 s.m. - 586 s.m) sementara umat islam perintah slps umar selama 12 kurun.
Sejarah Moden
Napoleon Bonaparte adalah org yg bertanggungjawab mambawa kembali jews ke Palestin pada 20 April 1799... iaitu seramai 5000 org. Tujuannya adalah utk mengkucar kacirkan kerajaan Uthaminiyyah. selepas WW1, Yahudi di Palestin cuma 55,000 (8.4%), selebihnya adalah Arabs.
Sejarah moden ni boleh dibahagikan kpd 6 fasa:
Fasa 1: 1880 - 1917
Pada tahun 1897, ditubuhkan World Zionis Organization (pertubuhan yahudi sedunia) dan congress pertama diadakan di Swiss pda 27-29 Ogos 1897. British dikempen supaya menyokong pertubuhan tersebut. Sebelum WW1 (1914-1918), kerajaan Uthamniyyah melarang org yahudi beli tanah di Palestin tapi larangan tersebut ditarik balik selepas itu.
Semasa WW1, British tlh buat perjanjian dgn 3 pihak. perjanjian dgn France dan Russia ttg pembahagian kawasan kemenangan (kalau mereka menang), perjanjian dgn Raja Hussin supaya tolong lemahkan kerajaan uthmaniyyah melalui semangat nasionalisme (kalau berjaya, bagi palestin) dan terakhir dgn Zionis yg ketika itu menguasai Amerika. tujuannya adalah agar dapat melobi Amerika menyertai pasukan British dalam perang dan sbg balsaan, akan diberikan Palestin kpd mereka. Ini dinamakan 'Belfa' declaration.
Fasa 2: 1917-1948
kawasan Palestin dikenali sbg trans Jordan ketika itu. pada tahun 1924, kerajaan uthmaniyyah tumbang (pertama kali dalam sejarah umat islam tak ada sistem khalifah). Liga Bangsa-Bangsa (belum ada PBB) disuruh menerima 'Belfa declaration' anatar British ngan Yahudi. pada 24 Julai 1922, declaration tu diterima dan yahudi masuk palestin semakin ramai. High commisioner British di palestin adalah org yahudi. tekanan spt cukai tanah yg tinggi dikenakan kpd org penduduk palestin supaya mereka jual tanah mereka. pda waktu ini, Jihad Palestin mual ditubuhkan.
bermula tahun 1929, umat islam di sana mula bertempur dgn pihak British. fatwa haram menjual tanah kpd yahudi dikeluarkan tahun 1935. sepanajang tahun 1929-1939, banyak pertempuran berlaku tetapi gagal. British keluarkan kertas putih yg menyatakan kerajan palestin akan ditubuhkan pada 10 tahun lagi (which is 1949), yg diperintah oleh Arab dan yahudi.
tahun 1944, cuma ada 75000 org yahudi di palestin dan British berjanji bahawa tak akan ada lagi org yahudi yg akan masuk ke paletsin kecuali dgn izin org arab kat situ. Org arab suka hati sebab kerajaan nanti mestilah akan dapat dikuasai.
slps WW2, tahun 1947, British membincangkan isu palestin di PBB. resolusi 181 PBB menyatakan yg PBB bercadang bahagikan Palestin kpd 2, 55% daripada kawasan diberi kpd yahudi (yg cuma 33% drp population) dan selebihnya kpd Arab. Walaupun ternyata pembahgian tak ikut logic, yahudi masih tak puas hati dan inginkan lebih banyak penguasaan. ikhwanul Muslimin mula masuk berperang di palestin ketika ini. Pada 14 mei 1948, Israel diisytiharkan sbg negara dan Arab diusir beramai ramai.
Fasa 3: 1949 - 1967
Yahudi meluaskan penguasaan, berjaya menguasai seluruh Palestin, semenanjung sinai dan Golan. mereka merancang nak menubuhkan Israel Kubra (the great Israel) yg meliputi kawasan ni termasuk iraq dan madinah krn mereka pernah menetao di sana. Yaser Arafat menubuhkan Al-Fatah, satu gerakan revolusi utk menentang Yahudi pada tahun 1957. PLO ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggap mewakili org palestin.
Fasa 4: 1967 - 1987
PBB mengeluarkan resolusi 3236 pada tahun 1975 yg menyatakan hak org Palestin menubuhkan negara di Palestin. tahun 1967-1970, perang berlaku antara kawasan East palestin dgn israel, dan israel kalah teruk. perang tu dinamakan 'Peperangan Karamah'. Tahun 1987, PLO yg diketuai oleh yaser arafat tukat cara, daripada arm struggle kpd negotiation.
Camp David adalah perjanjian antara Mesir dan Israel pada tahun 1978. israel bersetuju withdraw dari Palestin, dgn syarat Israel diiktiraf. waktu tu, semangat org arab JATUH teruk. tahun 1987, HAMAS ditubuhkan (skrg, HAMAS berada dalam list terrorism). Hamas ditakuti oleh org yahudi kerana penyertaannya adalah dari golongan pelajar dan profesional.

Fasa 5: 1987 - 2000
perang teluk menyebabkan bantuan negara negara Arab kpd pejuang di palestin dihentikan. maka perjuangan di pelstin tak ada support dari segi kewangan terutamanya.tahun 1993, ada perjanjian damai OSLO di mana PLO (yaser Arafat) diberi peluang memerintah Gaza dan Jericho. Adakah ni petanda yg bagus? bagi org Yahudi, mereka tidak memerlukan tempat tersebut krn bagi mereka, tempat tempat tersbut adalah celaka. Arafat pula cuma mentadbir 5 perkara iaitu kesihatan, pendidikan, special affair (perkahwinan dsb), cukai dan pelancongan. urusan lain diuruskan oleh israel. kerajaan Arafat tak boleh ada senjata kecuali polis supaya dapat perangi keganasan. HAMAS jadi serba salah sebab nak serang israel, tapi takut berlawan ngan org Islam sendiri. Perumpamaan yg boleh dibuat adalah ibarat, kita ada sebuah rumah yg cantik. lepas tu org dtg, masuk rumah kita dan usir kita keluar. lepas tu buat perjanjian dgn kita, OK, kita boleh duduk tapi kat kawasan sampah jer. dan kalau ada org nak ceroboh rumah, kita kena tangkap org tu.
pada 18 Mei 1994, Palestenian Authority (bukan government) ditubuhkan. kerajaan baru ni diiktiraf oleh certain countries tapi tak diiktiraf oleh negara negara spt US, UK.
semasa pentadbiran Clinton dulu, 4 kementerian diketuai oleh Yahudi... antaranya Finance, Luar Negara (Albright), Defence. drp 11 org senat, 7 org adalah Yahudi. Director of CIA skrg adalah Yahudi.
Fasa 6: 2000 - sekarang
pada 28/9/2000, sharon bercadang utk menziarahi Al-Aqsa. maka berlakulah Intifadah yg ke-2. Ini membawa sinar baru dalam perjuangan menentang yahudi. Dulu, penentangan adalah atas dasar semangat kebangsaan Arab, skrg atas nama agama. kalau dulu 25 org yahudi mati, barulah 1 palestin meninggal.. skrg, 3 org palestin sama dgn 1 yahudi.
Al-Quds
dalam Al-Quds terdapat Masjid Al-Aqsa, Dome of Rock, masjid Umar dan gereja Kiamat. org kristian percaya yg nabi Isa dikebumikan di gereja kiamat ni. pemegang kunci bagi gereja kiamat ni adalah org islam daripda keluarga Nusaibah (hingga ke hari ini). terdapat 4 tembok keliling kota ni. satu tembok dibina oleh kaum Kan-An (puak pertama), nabi Sulaiman, Raja herdos dan satu lagi Kerajaan Uthmaniyyah. terdapat 8 pintu utk masuki kota ni.
Semasa Israk dan Mikraj, Rasulullah saw mengikat Buroq di salah satu tembok tersebut. kalau kita tgk dalam TV, Yahudi ada upacara dia kat satu tembok ni.. 


itulah tembok yg dimaksudkan. di bawah tembok tersebut, org Yahudi gali lubang beralasan nak cari haikal sulaiman dulu....