Friday, April 22, 2011

Minggu Ayam Menetas.

Minggu ni byk telur dlm inkubator den yg akan menetas.Malam td pun den tgk dah ade 8 ekor yg menetas,yg dh start tebuk ada 15 bijik.Total telur kalo ikut due date menetas minggu ni ada dalam 77 bijik. Telur ni sume den dah siap cadling sebanyak 3 kali.Total telur sebelum ni ada 86 bijik.9 bijik tu rosak dan tak jadi di sebabkan masaalah yg biasa seperti tak de benih dan blood ring. Insyallah kalo ada rezki menetas sume.Kot dapat nak simpan stok untuk jualan raya nnti ni.Jom layan gmbr yooo...

Yang belah kiri tu den asingkan anak2 ayam dah start tebuk, belah kanan tu pulak baru menetas.

Anak ayam tgh keringkan bulu dan berehat,Nak hilangkan penat kluar dr telur tadi.

Anak ayam dalam border br menetas malam tadi.

Tuesday, April 19, 2011

Pokok Stevia @ Pokok Gula

Salam,tujuan den masukkan artikel pasal pokok stevia ni sbb den pun tgh menanam pokok ni,saje je suke2 menanam.Artikel ni den ambik dari : http://tip-untuk-semua.blogspot.com

Gambar kat bawah ni pokok yg den tanam kat rumah.



Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos.

Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.


Keseluruhannya Stevia adalah herbal asli. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk diguna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah Water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic. Terkini STEVICO Nano Steam Technology.


APA DIA STEVIA ?
Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.
Stevia adalah dari famili Chrysanthemum dan tumbuh secara liar di Paraguay dan Brazil.
Kandungan glycosides di dalam daunnya dan termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

BERAPA BANYAK JUMLAH STEVIA DIGUNA DI SELURUH DUNIA ?
Dianggarkan permintaan Stevia pada masa kini ialah melebihi 2000 ton setahun.
Jepun telah menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk minuman dan makanan melebihi 60% kadar penggunaan gula Stevia.
Penggunaannya telah bertambah dengan Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan
Negara-negara Pacific telah beralih penggunaan dari pemanis gula tebu dan beet kepada Stevia.

APAKAH SIKAP FDA TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA ?

FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia, dan ianya boleh di guna sebagai bahan ubatan.
Tetapi pada 17.12.2008, FDA telah menerima Stevia sebagai ' Generally Recognized as Safe ' (GRAS) dan boleh digunakan sebagai makanan tambahan. Mulai dari tarikh ini berlumba-lumbalah pembuat minuman gergasi dunia seperti Coca-Cola, PepsiCola, Cargill dan pembuat makanan Nestle menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk makanan dan minuman.

ADAKAH STEVIA SELAMAT DIGUNAKAN ?

Keseluruhanya Stevia adalah herbal asli dan telah digunakan oleh kaum Gurani di Paraguay lebih dari 1500 tahun dahulu. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk di guna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

BERAPA KALI MANIS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?
Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 kali manis daripada gula.
Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95%) didapati 200-300 kali manis dari gula biasa.Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

BOLEHKAH STEVIA MENGGANTIKAN PEMANIS TIRUAN ?

Tentu sekali boleh. Dijangka di dalam masa yang singkat ini Stevia akan digunakan melebihi 20% penggunaan pemanis untuk membuat minuman dan makanan. Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding dengan penggunaan gula biasa.

BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGGUNA STEVIA ?

Tentu sekali boleh. Ianya boleh diguna kerana ia tidak menambah kandungan gula dalam darah.

BAGAIMANAKAH EKSTRAK DIHASILKAN ?

Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic..tumbuk minum gitu pun boleh *

BERAPA KOS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?
Sebagai perbandingan, kalau mengguna gula biasa, kosnya USD 12.00 berbanding dengan Stevia yang kosnya hanya ialah USD 0.40, iaitu 15 kg gula biasa sama manisnya dengan 1 kg Stevia ekstrak.

APAKAH PEMBUNGKUSAN STEVIA UNTUK DI PASAR ?
Ekstrak Stevia di pasarkan secara cecair, capsule, tablet atau secara powder.
Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh dibungkus menjadi teh uncang.

BOLEHKAH RASA PAHIT STEVIA DIHAPUSKAN ?

Professor dari Chemical Engineering Pilot Plant ( CEPP )Universiti Teknologi Malaysia,
telah menemui kaedah prosesan yang boleh menghilangkan rasa pahit. Ini bermakna tiada perbezaan rasa pemanis Stevia dengan gula biasa.

ADAKAH STEVIA MENGANDUNGI VITAMIN DAN MINERAL ?
Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus phytonutrients dan minyak mudah meruap ( volatile oil ), termasuk Rutin dan B-Sitosterol.

Bahan aktif yang bertanggungjawabke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai STEVIOL GLYCOSIDES yang mengandungi STEVIOSIDE dan REBAUDIOSIDE

Antara ciri-ciri stvia ialah;
1. Pemanis semulajadi
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bacteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Alat bantu untuk menurunkan berat badan

Cara penanaman• Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak ditenggelami air.pH tanah pula 5.0 - 8.8 dan suhu ialah 16 - 29 C. Baja yang digunakan mestilah jenis organik.

• Sebaik-baik tanah hendaklah dibuat batas dan ditutup dengan plastik pertanian.Tujuan ialah untuk menghalang pasir dari mencemari daun dan ranting pokok.Juga hamparan plastik dapat menghalang rumput tumbuh sekeliling pokok.

• Stevia ditanam menggunakan potongan dahan atau pokok. Sesetengah mengguna biji benih tetapi kaedah ini tidak menjamin kemanisan yang konsisten..

• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Serta perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

• Hasil adalah daun dan ranting pokok. Pokok Stevia mula boleh di tuai selepas 3-4 bulan penanaman. Selepas itu setiap bulan daun stevia berserta dahan boleh di tuai.

• Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun. Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup sehingga 6 tahun. Pokok tua tidak menjamin kemanisan dapat dikekalkan.
tevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos.

Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Keseluruhannya Stevia adalah herbal asli. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk diguna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah Water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic. Terkini STEVICO Nano Steam Technology.



                                                                                                                                     

APA DIA STEVIA ?
Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.
Stevia adalah dari famili Chrysanthemum dan tumbuh secara liar di Paraguay dan Brazil.
Kandungan glycosides di dalam daunnya dan termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

BERAPA BANYAK JUMLAH STEVIA DIGUNA DI SELURUH DUNIA ?
Dianggarkan permintaan Stevia pada masa kini ialah melebihi 2000 ton setahun.
Jepun telah menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk minuman dan makanan melebihi 60% kadar penggunaan gula Stevia.
Penggunaannya telah bertambah dengan Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan
Negara-negara Pacific telah beralih penggunaan dari pemanis gula tebu dan beet kepada Stevia.

APAKAH SIKAP FDA TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA ?

FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia, dan ianya boleh di guna sebagai bahan ubatan.
Tetapi pada 17.12.2008, FDA telah menerima Stevia sebagai ' Generally Recognized as Safe ' (GRAS) dan boleh digunakan sebagai makanan tambahan. Mulai dari tarikh ini berlumba-lumbalah pembuat minuman gergasi dunia seperti Coca-Cola, PepsiCola, Cargill dan pembuat makanan Nestle menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk makanan dan minuman.

ADAKAH STEVIA SELAMAT DIGUNAKAN ?

Keseluruhanya Stevia adalah herbal asli dan telah digunakan oleh kaum Gurani di Paraguay lebih dari 1500 tahun dahulu. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk di guna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

BERAPA KALI MANIS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?
Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 kali manis daripada gula.
Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95%) didapati 200-300 kali manis dari gula biasa.Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

BOLEHKAH STEVIA MENGGANTIKAN PEMANIS TIRUAN ?

Tentu sekali boleh. Dijangka di dalam masa yang singkat ini Stevia akan digunakan melebihi 20% penggunaan pemanis untuk membuat minuman dan makanan. Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding dengan penggunaan gula biasa.

BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGGUNA STEVIA ?

Tentu sekali boleh. Ianya boleh diguna kerana ia tidak menambah kandungan gula dalam darah.

BAGAIMANAKAH EKSTRAK DIHASILKAN ?

Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic..tumbuk minum gitu pun boleh *

BERAPA KOS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?
Sebagai perbandingan, kalau mengguna gula biasa, kosnya USD 12.00 berbanding dengan Stevia yang kosnya hanya ialah USD 0.40, iaitu 15 kg gula biasa sama manisnya dengan 1 kg Stevia ekstrak.

APAKAH PEMBUNGKUSAN STEVIA UNTUK DI PASAR ?
Ekstrak Stevia di pasarkan secara cecair, capsule, tablet atau secara powder.
Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh dibungkus menjadi teh uncang.

BOLEHKAH RASA PAHIT STEVIA DIHAPUSKAN ?

Professor dari Chemical Engineering Pilot Plant ( CEPP )Universiti Teknologi Malaysia,
telah menemui kaedah prosesan yang boleh menghilangkan rasa pahit. Ini bermakna tiada perbezaan rasa pemanis Stevia dengan gula biasa.

ADAKAH STEVIA MENGANDUNGI VITAMIN DAN MINERAL ?
Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus phytonutrients dan minyak mudah meruap ( volatile oil ), termasuk Rutin dan B-Sitosterol.

Bahan aktif yang bertanggungjawabke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai STEVIOL GLYCOSIDES yang mengandungi STEVIOSIDE dan REBAUDIOSIDE
-----------------------------------
Antara ciri-ciri stvia ialah;1. Pemanis semulajadi
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bacteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Alat bantu untuk menurunkan berat badan

Cara penanaman
• Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak ditenggelami air.pH tanah pula 5.0 - 8.8 dan suhu ialah 16 - 29 C. Baja yang digunakan mestilah jenis organik.

• Sebaik-baik tanah hendaklah dibuat batas dan ditutup dengan plastik pertanian.Tujuan ialah untuk menghalang pasir dari mencemari daun dan ranting pokok.Juga hamparan plastik dapat menghalang rumput tumbuh sekeliling pokok.
Salam Tujuan den postkan kisah pokok stevia ni sbb den pun tgh menanam pokok ni,
• Stevia ditanam menggunakan potongan dahan atau pokok. Sesetengah mengguna biji benih tetapi kaedah ini tidak menjamin kemanisan yang konsisten..

• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Serta perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

• Hasil adalah daun dan ranting pokok. Pokok Stevia mula boleh di tuai selepas 3-4 bulan penanaman. Selepas itu setiap bulan daun stevia berserta dahan boleh di tuai.

• Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun. Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup sehingga 6 tahun. Pokok tua tidak menjamin kemanisan dapat dikekalkan.

Monday, April 18, 2011

Lawatan ke Expo Bonsai.

Minggu lepas den dpt maklumat dr bahagian perisikan den mengatakan ada ekspo bonsai kat Carefour Seremban.Den pun apo lg,dpt je peluang kluar trus den pg sane.dpt jugak la den beli base bonsai dgn pasunye skali.Murah harge base bonsai kat sini nak d bandingkan dgn tmpt lain.Kata org yg jual tu,base ni sume dtg dr China.Salah  satu dr base yg den dapat ialah pokok mapple.Pokok ni mmg ssh nak dpt kat sini.Mmg cantik di bt bonsai.Ni contoh pokok mapple yg siap training & jd bonsai.

 Ni pulak gmbr tmpt expo tu,dia bukak betul2 kat tmpt park kete.Kot sesape yg berkenan boleh la pg
 tgk ye..kot ada yg berkenan blh la beli skali.



 

Tuesday, April 12, 2011

Reban Pembakaan Dalam Proses Part 2

Minggu lps reban br siap naik tiang dgn rangka sikit.Minggu ni ada la kemajuan ckit.Start bertukangnye tghari dgn ujan lg.Nmpk gayenye 2 minggu lg br siap reban ni.



.

Monday, April 11, 2011

Koleksi Arnab

Ni sebahagian dari koleksi arnab kampung yg terdapat di Pedasagrofarm.Sesaje je bela.Arnab ni sepupu den punye,saje je den msukkan dlm blog den ni,sbb den pun kdg2 kene jage arnab2 ni.Ni sume jnis arnab kampung .





Wednesday, April 6, 2011

Reban Induk Dalam Proses.

Dah nak masuk 6 bulan dah den bela ayam kg ni "kire beginner lg ni,nak di bandingkan dgn otai2 yg lain".Ayam yg 1st batch tu pun dah besar dan dah start berkokok dah.Den rase dalam bulan depan dah start bertelur tu,yg betina tu pun dah start berkekek je..Den dalam bulan ni kene siapkan reban untuk induk ni..Kene pilih baka2 yg terbaikkk untuk duduk kat dalam reban ni nnti.Den dah peratikan,ada 9 ekor betina yg berkualiti tinggi mengikut piawain sirim dan 3 ekor jantan yg menjadi idaman ayam2 betina di sekitar kg den untuk di jadikan baka..  ni ha gmbr reban yg den tgh buat tu..br sempat bt rangka je..


Tuesday, April 5, 2011

Inkubator Penuh Kembali

Setelah berminggu-minggu inkubator beraksi dengan kuantiti yg minimum,akhirnye sabtu hari tu 2 April bersamaan dengan 28 Rabiulakhir inkubator den beraksi dengan kapasiti maksimum.

Jom Makan .


Sumber makanan tambahan bagi ayam yang mudah di dapati di sekitar rumah ialah daun ubi..